Monday 4 January 2016

Filled Under:

Perompak bergelar jutawan hidup mewah dengan hanya hasil kerja 5 minit....... Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Polis, jangan bertindak melebihi had bila dirompak!!!

Melaka: Bukan #hanya wang tunai RM20,000 hasil perniagaan selama empat hari yang tidak sempat disimpan dirompak, malah sebuah kereta mewah BMW X4 milik seorang ahli perniagaan turut dilarikan penyamun bersenjata di Taman Melaka Raya, semalam.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi, #mangsa berada di dalam kereta di belakang premis perniagaan salon dandanan rambutnya manakala isterinya di pintu belakang premis terbabit.

Sumber berkata, kedua-dua #mangsa berusia lewat 20-an tergamam dengan kejadian rompakan yang berlaku pantas.

“Difahamkan, #mangsa yang berada dalam kereta dan sedang berbual di telefon bimbit meminta isterinya masuk dahulu ke dalam premis sebelum menyedari isterinya didekati seorang lelaki yang memberikan isyarat kepada isterinya masuk semula ke dalam kereta di tempat duduk belakang.

“Ketika itu, #mangsa ternampak suspek mengacukan objek seperti pistol ke pinggang isterinya.

“Mangsa kemudian #diarahkan memandu keretanya mengekori sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih tanpa nombor pendaftaran sambil pistol diacukan ke arahnya,” katanya.

Menurutnya, #ketika dalam perjalanan mengekori kenderaan pacuan empat roda itu, suspek yang bertopeng dan memakai kaca mata hitam mengambil beg tangan isteri mangsa dipercayai mengandungi wang tunai dan meminta mangsa dan isteri menyerahkan telefon bimbit masing-masing sebelum meninggalkan kedua-duanya di hadapan sebuah pusat pameran kenderaan di Jalan Semabok, di sini.

Sementara itu, #Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek kemudian melarikan kereta mewah mangsa.

“Mangsa ke #pusat pameran kereta terbabit dan meminta bantuan daripada pengurus pusat itu untuk menghantarnya ke Balai Polis Banda Hilir bagi membuat laporan polis,” katanya.




0 comments:

Post a Comment