Friday 8 January 2016

Filled Under:

Perjalanan balik ke kampung bertukar tragedi apabila.........

Kuala Selangor: #Dua penumpang maut, lapan parah, 22 cedera manakala 16 terselamat selepas bas membawa warga asing terbabas dan terbalik di Batu 26, Kampung Assam Jawa, dekat sini, kira-kira 5 pagi ini.

Bas yang dalam #perjalanan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke Jeti Bagan Datoh, Perak, membawa 48 penumpang - 32 lelaki dan 16 wanita, termasuk pemandu.

Difahamkan, semua #penumpang adalah warga Indonesia dan mereka dikatakan menyewa bas itu untuk ke jeti terbabit kerana hendak pulang ke kampung halaman mereka.

Penolong Pengarah #Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.05 pagi.

Katanya, seorang #pegawai dan 18 anggota bomba kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.
Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tanjung Karang dan Hospital Sungai Buloh.

"Dua mangsa yang #maut adalah masing-masing lelaki dan perempuan. Kedua-duanya tersepit bawah bas.
"Bomba mengambil kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Menurutnya, 11 #ambulans terbabit dalam operasi itu untuk menghantar mangsa yang tercedera ke hospital manakala operasi tamat pada 7.10 pagi.





0 comments:

Post a Comment