Thursday 7 January 2016

Filled Under:

Nazim Bella sorok hubungan dari dihidu peminat dan wartawan....tapi mesej Bella Kepada Nazim ni cukup2 romantis.....Tu maknanya apa tu???

KUALA LUMPUR : #Keadaan kesihatan pelakon Nazim Othman menjadi bualan hangat namun dia memilih untuk mengunci kemas mulutnya dari membuat sebarang kenyataan.

Teman rapatnya, pelakon Bella Dally juga enggan mengulas lanjut mengenai perihal itu. "Sebenarnya mengenai kesihatan Nazim, saya tidak berhak untuk #membuat sebarang kenyataan. Walau apapun yang terjadi, saya akan tetap berada di sampingnya untuk memberikan sokongan kepada Nazim," kata Bella kepada BH Online sebentar tadi.

Nazim dan Bella #enggan membuka mulut mengenai hubungan rapat mereka dan tidak mahu mencanang perihal cinta sebaliknya ingin fokus kepada perkembangan kerjaya mereka. Sementara itu, Bella juga turut berkongsi berita gembira yang kontraknya sebagai model tudung jenama Ariani akan disambung kepada dua tahun. "Insya-Allah hujung bulan ini saya akan menyambung semula kontrak bersama Ariani yang sepatutnya tamat pada bulan ini.

Pada asalnya, #kontrak saya hanya untuk enam bulan namun mereka memilih untuk meneruskan kerjasama dengan saya. "Saya sememangnya teruja kerana sekali lagi dipilih untuk menjadi wajah kepada jenama tudung Ariani ini. Setiap bulan pihak Ariani memberi kebebasan kepada saya untuk memilih dan menggayakan sepuluh tudung pilihan saya sendiri," kata Bella.

Selain itu, #Bella turut berkongsi yang drama bersiri Bencinta lakonannya bersama Fathia Latiff dan Fattah Amin terbitan Zeel Production bakal disiarkan tidak lama lagi untuk slot Samarinda di TV3.





0 comments:

Post a Comment