Friday 8 January 2016

Filled Under:

ERRA FAZIRA Puas hati .....Akhirnya dapat kenakan Umie Aida......Terimalah Akibatnya!!!

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya, Datin Seri Umie Aida boleh menghidu lebih awal jika sesuatu kejutan cuba dilakukan oleh rakan sempena sambutan hari lahirnya. Namun, suasana agak berbeza, semalam, apabila pelakon terbabit 'terkena' dengan perancangan rapi disusun oleh teman baiknya yang juga aktres terkemuka, Erra Fazira, dan suami tercinta, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Berlangsung di sebuah kelab golf terkenal di ibu kota, Umie nyata tidak dapat mengesan majlis kejutan untuknya apabila sambutan diadakan lebih awal daripada tarikh sebenar kelahirannya, iaitu 18 Januari.

Selain Erra dan Khairuddin, majlis itu turut dihadiri beberapa lagi teman artis seperti Ziela Jalil, Betty Benafe, Linda Onn dan Dafi. Tidak ketinggalan meraikannya ialah kakak dan adik beliau, Erma Fatima serta Betty Rahmad. "Memang saya langsung tidak syak dengan 'komplot' Erra kali ini. Selalunya, kalau ada majlis kejutan hari lahir yang dirancang kawan, saya memang sudah boleh hidu sejak awal-awal lagi. Begitupun kali ini ia berbeza sedikit.

Saya hanya diberitahu supaya datang ke tempat berkenaan untuk bermain badminton dengan beberapa teman lain. "Cuma awalnya, saya sedikit pelik apabila ternampak motosikal Erra di kawasan parkir. Dalam hati saya tertanya sendiri, apa tujuan beliau berada di situ? Saya cuba menghubunginya, tetapi tidak berjawab.

Saya mula syak ada sesuatu berlaku, tetapi langsung tidak terfikir ia sebenarnya berkaitan dengan kejutan awal hari lahir. Malah, saya sendiri bagai terlupa kita sudah pun menjejaki Januari. "Bagaimanapun saya terus ke kawasan gelanggang badminton. Cuma saya pelik, kenapa kawan yang mahu bermain bersama-sama belum muncul? Suami tiba-tiba mengajak saya naik ke dewan di kelab berkenaan. Saya begitupun bertegas enggan ke mana-mana kerana malas nak bergerak ke sana-sini, ditambah dengan beg badminton yang berat. Namun akhirnya saya ikut juga," cerita Umie.

Sampai saja di pintu dewan, kata Umie, barulah beliau sedar, Erra dan rakan lain sudah pun menunggu di situ untuk meraikan ulang tahun hari lahirnya. "Nampaknya mereka, terutama Erra, berjaya membuat saya terkejut kali ini," katanya yang akan genap 42 tahun pada 18 Januari ini.








0 comments:

Post a Comment