Thursday 7 January 2016

Filled Under:

Anzalna mahu perkahwinannya setaraf Kate Middleton dan Putera William.....Disebabkan itu dia cukup cerewet dengan penajaan...Agak2 ada tak Penaja yang terik diri?

KUALA LUMPUR: #Saat ini, debaran di dada pelakon, Anzalna Nasir, semakin kencang apabila mengenangkan tarikh perkahwinannya dengan Mohamad Hanif Mohamad Zaki semakin hampir. Pada masa sama, beliau boleh menarik nafas lega kerana persiapan bagi menghadapi hari bersejarah mereka sudah pun hampir sepenuhnya dilakukan. Pelakon Memori Cinta Suraya itu akan diijabkabulkan dengan pilihan hatinya pada 21 Februari depan, #manakala dua majlis resepsi pula masing-masing akan dilangsungkan pada 27 Februari dan 3 Mac. Bagi majlis pertama, pasangan terbabit bersepakat memilih tema perkahwinan diraja British, manakala tema tradisional pula akan menghiasi majlis kedua.

Ditanya mengenai konsep perkahwinan ala diraja British bagi majlisnya, artis kelahiran Pulau Pinang ini mendedahkan, antara sebab tema #berkenaan menjadi pilihan berikutan minat mendalamnya terhadap gaya isteri Putera William, Kate Middleton. "Kebetulan, saya dan Kate menyambut hari lahir pada tarikh sama, iaitu 9 Januari. Saya sememangnya cukup suka dengan aliran fesyennya yang sangat sofistikated dan anggun. "Ketika perbincangan mengenai majlis perkahwinan diadakan, tiba-tiba terlintas di hati saya untuk memilih konsep berkenaan," katanya yang akan genap 29 tahun pada Sabtu ini. ANZALNA idamkan konsep perkahwinan ala diraja British seperti Putera William dan Kate #Middleton.


#Menurut Anzalna lagi, ketika ini, persiapan lebih terarah kepada baju kahwin dan kad jemputan yang belum lagi diedarkan. Kata wanita ini juga, beliau dan bakal suami sepakat untuk tidak terlalu bergantung harap pada tajaan, sebaliknya mengeluarkan duit sendiri bagi tujuan belanja perkahwinan mereka. "Kami cuba meminimumkan soal tajaan. Hendak berkahwin juga bukannya perkara senang. Jadi, kami rasa lebih berkat andainya duit sendiri dibelanjakan. "Dalam bab tajaan, kami hanya memilih mereka yang benar-benar komited. Kami tidak mahu timbul isu penaja mendatangkan masalah pada minit akhir hingga memberikan tekanan dan bebanan. Kami cuba elak situasi sedemikian," #katanya.

# Perkahwinan Anzalna dan Hanif menyaksikan TV3 bertindak sebagai media penyiar rasminya. Stesen terbabit menawarkan liputan eksklusif melalui beberapa programnya seperti Mahligai Cinta, Nona, Wanita Hari Ini dan Melodi. Pasangan ini sudah saling mengenali lebih sedekad lama, namun hanya serius bercinta sejak lima tahun lalu.




0 comments:

Post a Comment